Friday 27 April 2007

Plan Pembangunan Kelantan

Ambo , sebagai anak Kelantan yang sayangkan tempat tumpah darah ambo, rasanya kita amat tertekan pada zaman pemerintahan kerajaan BN dahulu. Sebenarnya menifestasi yang wujud sekarang masih lagi kesan dari peninggalan pemerintahan BN dahulu. Kerajaan PAS sekarang ini dalam proses 'mengubati' luka atau penyakit yang dihidapi oleh kerajaan Kelantan era pemerintahan BN. Contoh yang jelas adalah isu pembalakan di Lojing. Ambo jugak amat bersyukur kerana kerajaan Kelantan hari ini di tadbir oleh muka muka baru yang jujur, berkemampuan dan professional dalam membuat kerja kerja mereka. Sebenarnya pemimpin yang sebegini yang rakyat atau orang melayu perlukan disamping tidak meminggirkan bangsa bangsa lain. Kita harus terima bahawa negara/negeri kita harus 'dikongsi' dengan bangsa lain. Mereka juga adalah rakyat Malaysia yang membayar segala jenis cukai kepada kerajaan Malaysia. Sikap mengambil jalan tengah kerajaan sekarang amat disenangi, orang yang tidak senang dengan perkara kebaikan, hanyalah orang yang ada kepentingan untuk mereka sendiri mereka bukanlah pemimpin yang layak memerintah.

Kalaupun begitu pemerintahan sekarang adalah baik, mungkin tidak terlebih jika ambo boleh katakan mampukah kita jadi yang terbaik. InsyaAllah , ambo yakin kita boleh dengan kejujuran dan keikhlasan dalam memerintah, tiada apa yang mustahil .Sesungguhnya negeri Kelantan amat unik dalam 1001 segi, kaumnya, makanannya, politiknya, geografinya, penduduknya segalanya amat unik. Sayangilah ia. Pembangunan ala BN hanyalah akan memudarkan semua yang unik ini. Pembangunan seperti itu akan hanyan menukar Kota Bharu menjadi, Kuantan atau Kuala Lumpur dalam tempoh 20-30 tahun lagi. Apa yang kita bangga dengan Kuala Lumpur? Ambo menetap di Kuala Lumpur, ambo tahu jerih payah orang Kuala Lumpur. Ambo rela drive balik Kekampung halaman ambo di Bachok , semata mati kerana kerinduan ambo kepada negeri Kelantan yang serba Unik. Perjalanan 7 jam amat memenatkan jika di kira , tetapi tidak bagi warga yang jiwanya jiwa Kelantan. Berduyun duyun mereka pulang pada setiap waktu perayaan. Dan lebih unik lagi Kuala Lumpur akan 'pengsan' kalau Raya Haji (hanya orang Kelantan yang betul betul sambut).

Berkisar pada pembangunan negeri, harapan ambo dari jauh semoga pembangunan di jalankan secara seimbang, bukan sahaja di Kota Bharu mungkin orang kampung juga perlu pembangunan. Hargailah undi yang telah mereka tunaikan pada setiap kali adanya pilihanraya.
Pembangunan pada ambo untuk rakyat kelantan adalah adanya pekerjaan yang cukup untuk mereka. Mungkinagak keterlaluan jika ambo minta sebuah kilang didirikan di Bachok. Cukuplah sekadar projek pertanian, perikanan atau aktiviti pembuatan kraft untuk orang kampung.

Bagi ambo sebagai pemimpin perlu mencari kekuatan sesebuah daerah tersebut, dan dibangunkan mengikut apa yang ada dalam daerah tersebut. Contoh seperti Bachok jika kita lihat banyak sumber-sumber yang boleh di bangunkan terbazir , tanah terbiar, pantai terbiar, remaja terbiar, keindahan terbiar . Perkara ini boleh kita bangunkan, seperti membangunkan Pantai Irama untuk pelancongan, mengusahakan tanah tanah terbiar dengan projek estate seperti padi, sayuran dan buahan, Buahan atau sayuran tersebut bolehlah di proses menjadi kuih atau kek yang boleh di usaha kan oleh makcik2 kampung dan dipek dan dipasarkan kenegeri negeri di bawah BN. Sayuran boleh dipasarkan ke KL dan ikan segar boleh dipekkan dan dipasarkan ke KL atau keluar negara.

Ambo berada di United Kingdom pada masa ambo menulis warkah ini, ambo tengok banyak hasil hasil perikanan dan pertanian amat di perlukan disini. Peluang pasaran amat banyak. Makanan makanan asia amat diperlukan.

Kerajaan Kelantan sekarang perlu sedar, supaya tampuk tidak jatuh kembali ketangan orang yang tidak layak hanya kerana kita tidak mampu memenuhi keperluan rakyat yang dahagakan pembangunan (pembangunan dalam konteks ambo buat masa ini , hanyalah pekerjaan dan pendapatan yang cukup, kerana daripada itulah semua jenis pembangunan yang lain akan datang tanpa perlu diundang).

Sekian
Ambo
Surrey, UK

www.oghekito.blogspot.com